Wednesday, July 27, 2011

We are now SENIOR

Best Blogger Tips
Horray!!! Tamat sudah 1st Year.
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya kita semua 1st batch USM KLE telah berjaya lulus 100% dalam Profesional Exam bagi Phase 1.
 
Sejujurnya, aku berasa amat-amat bertuah diberi peluang datang ke sini bersama kawan-kawan semua berjuang untuk 1st year ini. Tidak sia-sia usaha kita berhempas-pulas  selama lebih 10 bulan, walaupun pada awalnya ada diantara kita yang tersungkur dalam Selanjar 1 dan 2. Tetapi berkat semangat dan passion yang membuak-buak. Akhirnya kita semua berjaya harungi cabaran ini (rasa nak nangis je bila fikir balik).
Kami telah buktikan yang kami semua mampu.
Menjadi 1st batch memang pressure. Tiada senior disisi. Kita senior dan kitalah jugalah junior. Ingat lagi awal-awal dulu bagaimana kita bersusah payah nak adapt di tempat baru, Belgaum. Dengan cuaca yang dingin memanjang. Bibir dan kulit asyik merekah-rekah kerana cuaca kering. Dengan muka skema, rambut pendek dan memang nerd abih. Hak3!
Skema bukan? Hahaha
Mostly everyone tidak berapa tahu menahu tentang struktur pengajian USM KLE walaupun ianya 100% syllabus USM Malaysia.  Perlaksanaan program disini berbeza di USM KK kerana kita ada dissection class, Kannada languages dan kelas 6 hari seminggu (pedih beb!). Malahan lectures semua masih baru dengan sistem ini. 
Mereka tetap sempoi
Terus terang aku katakan pada awalnya amat sakit dan perit untuk kami adjust nak memahami sistem ini kerana every big topic hanya 1 jam je kelas. Lecturers sendiri tak berapa mahir nak concisekan lectures mereka dalam masa 1 jam kerana di India mereka follow system traditional but USM guna intergrated.
Tak pernah berputus asa mahu mengajar sehingga kami semua faham. Thanx to all of you.
Kamilah menjadi mangsa experiment nak faham cara mengajar mereka. But itu semua di awal permulaan, siyesly dorang memang determine gila nak improve. After Selanjar 1, semua lecturers dah mantap TERBABOOM dari segi Powerpoint, explaination, practical, dissection dll. Memang WOW! Sekarang tiada masalah dah. 
Sangat berdedikasi.
Untunglah kau junior-junior. Nanti datang sini belajar leklok jangan main-main sangat. Hormat lecturers. Aku dengar batch korang wat slek dengan lectures, siap kau aku tangan-tanganakan nanti. Hak3!
Peluk jangan nak peluk. Saya pun nak jugak. Hak3!
Dua orang kuat program USM KLE, Papa Raichur and Papa Patil. Papa Ravishankar (picture kabur)
Tamat sudah tugas kamu mengajar kami untuk 1st year ini. Next year lecturers baru pula.
Bonding kami antara lecturer memang superb. Caring beb dorang ni. After kelas selalu dorang  tanya faham ke tidak apa yang di ajar (Dr Ravishankar). Dorang siap bagi tips apa yang perlu ditekankan bagi certain topic. During mentor and menti pulak asyik tanya ada apa-apa masalah ke tidak (Dr Rajesh). Mungkin kerana kami ni tak ramai hanya 44 orang, jadi bonding antara kami dan lecturer memang baik. Walaupun mereka tak kenal nama tetapi kenal muka. Mana yang toppest and selalu mencapub, konpemlah dikenali ramai. Thanks to all lecturers. 2nd phase kita akan bertemu barisan lecturers yang baru dan belajar new subjetcs.

Yang utama, batch kami menjadi kayu ukur kepada perlaksanaan Program USM KLE ini sama ada berjaya atau sebaliknya. Malah pada awalnya ada sesetengah pihak yang kurang yakin dengan program ini. Namun terbukti untuk Phase 1 kami semua telah berjaya. Bukan 20 atau 30 tetapi semua sekali berjaya lulus. Alhamdulillah.
Saat yang paling berdebar, dimana diumumkan nama-nama mereka yang PASSED. Syukur semua nama disebut.
Bertenang kawan-kawan.Kita semua dah lepas.
Tidak lupa juga pada bapa kesayangan kita Professor (Dr) Kamaruddin Jaalam (Prof KJ) yang telah banyak membantu kita dari awal sehingga kini. Dia juga orang kuat yang menjayakan Program USM KLE ini. Thanks Prof, we will always love you. 

Prof KJ, Deputy Dean of USM KLE and Dr Shuhaimi, Phase 1 Chairman of USM.
Perjuangan kita tidak hanya terhenti disini. Ada lagi balance 4 tahun untuk kita teruskan perjuangan. 2nd year maybe kita relax sedikit kerana tiada exam besar hanya Selanjar 1 dan 2 (Phase 2). So time ni bolehlah kita lebihkan aktiviti-aktiviti batch dan junior. Or maybe boleh travel India (pada yang tak sempat lagi. Saya nak ke Europe. Hehe). Berangan la kau nak relax. 2nd year lagi perit sebab belajar topic baru and dah start clinical. Mencanak la kau nak study.
Bersedia untuk terus berserabut pada 2nd year nanti.
Permulaan kita semua berjalan lancar untuk Phase 1. Aku harap kita akan sama-sama berjaya hingga ke Phase 3 tanpa seorang pun tersungkur. Bersama-sama kita berjaya! (ceh, ayat skema)

Seperti yang Prof KJ cakap “You deserved a good holiday”. Memang pun. Kau rehat la sepuas yang mungkin. Relax semantap mungkin dan sentiasa bermuhasabah diri. Cuba kenal pasti sepanjang 1st year ini apa pengalaman yang korang dapat, apa perubahan pada diri masing-masing dan apa yang perlu dipertingkatkan agar kita lebih produktif untuk 2nd year nanti.

Tanamkan azam dan niat dalam diri yang mana 2nd year nanti kita akan lebih cemerlang berbanding 1st year. Baik dari segi belajar, kehidupan, pergaualan dan pengurusan diri. List down apa yang korang nak lakukan sepanjang 2nd year nanti agar mudah apabila kita punyai misi dan visi yang perlu dilaksanakan.

Sesuai dengan title entry ini We are now SENIOR. Horayyy!! Kami semua dah lepas 1st year.

Kepada bakal junior, selamat datang kamiucapkan. Jumpa anda bulan September nanti. Dan tunggu dalam beberapa hari lagi akan aku update post tentang USM KLE @ Belgaum. Khas untuk anda semua, sebagai gambaran jelas keadaan disini supaya anda semua tidak risau dan berbelah bahagi untuk setibanya disini. Datang terus focus belajar sahaja.
Kepada senior semua. SELAMAT BERCUTI!!!

KOLEKSI GAMBAR

1. Masih anda ingat di awal kedatangan kita ke India.


2. Tamat sudah perjuangan 1st year kita (lincah sungguh masa berlalu)
Have a nice HOLIDAY. Jumpa lagi untuk 2nd year.

4 comments:

  1. tahaniah balak. teruskan perjuangan anda. baca entri kau mcm sebak pulak. mcm bleh feel je korang punya susah. btw, menghargai n mnghormati lecturer. sgt2 penting,right. tu paling touching bg aku. perjalanan masih jauh. teruskan melangkah!

    ReplyDelete
  2. hehe..Thanx neway.yes!! perjuangan perlu diteruskan.

    ReplyDelete
  3. congrat bro...baideway aku jelesssssssss

    ReplyDelete